Monday, September 12, 2011

Jesus@Nabi Isa (as), Seorang Utusan Tuhan dan bukanlah Anak Tuhan ( Sudah tentunya Tuhan lebih dari itu )

Books Exhibition from the Publisher Global Pub...Image via Wikipedia
All Translation is based on the work of Harun Yahya
All translations from the Qur'an are from The Noble Qur'an: a New Rendering of its Meaning in English by Hajj Abdalhaqq and Aisha Bewley, published by Bookwork, Norwich, UK. 1420 CE/1999 AH.
Translated by- Kamarulzaman Bin Jamlus
Edited by-Kamarulzaman Bin Jamlus

Isi Kandungan
  1. Kesilapan Penganut Kristian Tentang Idea & Konsep Trinitas
  2. Al-Qur'an menolak kepercayaan terhadap Trinitas
  3. Kepercayaan terhadap Trinitas muncul 1 abad selepas Jesus as diangkat disisi Tuhan.
  4. Jesus as adalah seorang utusan Tuhan dan bukanlah Anak-Nya ( sudah tentunya Tuhan lebih daripada itu )
  5. Kristianiti sejati didalam Perjanjian Baru @New Testament
  6. Jesus as adalah utusan Tuhan seperti yang dinyatakan didalam Perjanjian Baru
  7. Penulis atau pengarang Gospel yang terdiri daripada empat bahagian itu sebenarnya tidak pernah berjumpa langsung dan tidak mengenali Jesus as secara fizikal.
  8. Kenapa atau mengapakah agaknya penganut Kristian membuat tuntutan dan kenyataan yang tidak dapat diterima akal ini?
  9. Sebilangan penganut Kristian menolak kepercayaan tentang Trinitas daripada persidangan Nicaea sehingga kini.
Kesimpulan.

Penipuan Hebat Tentang Teori Evolusi**


KEPADA PEMBACA

Satu bab khas telah diperuntukkan untuk menerangkan tentang kejatuhan teruk teori evolusi. Ini adalah keranateori ini sebenarnya membentuk satu asas tunggal kepada segala bentuk falsafah anti-kerohanian & keagamaan. Memandangkan Darwinisme juga menolak fakta penciptaan serta kewujudan tuhan sejak 140 tahun yang lalu telah menyebabkan ramai orang meninggalkan kepercayaan & keimanan mereka serta ada juga yang menjadi ragu-ragu tentang kewujudan tuhan. Oleh yang demikian, adalah sangat penting satu usaha dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan serta menyedarkan semua pihak yang teori ini sebenarnya adalah satu penipuan serta fitnah yang amat jahat yang dimanipulasi oleh satu entiti gelap yang bersifat memusnahkan & memecah-belahkan. Memandangkan sesetengah pembaca mungkin hanya berpeluang membaca hanya satu atau dua dari buku-buku yang diterbitkan oleh penulis, kami merasakan adalah lebih baik jika kami abadikan satu bab khas didalam setiap terbitan untuk membuat kesimpulan bagi subjek yang amat penting ini.

Semua buku oleh Harun Yahya menceritakan tentang isu-isu kepercayaan dan keimanan dengan kehadiran ayat ayat dari para Al-Qur'an , mengajak pembaca untuk mempelajari dan mendalami kalamullah serta hidup berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah. Semua subjek tentang Tuhan dan Firman-Nya diterangkan serta dihuraikan dengan jelas adalah untuk tidak langsung meninggalkan ruang bagi keraguan untuk wujud didalam fikiran pembaca. Kejujuran, keikhlasan serta kelancaran dalam terjemahan buku ini adalah untuk memastikan semua manusia dari segenap peringkat umur dan semua kumpulan kumpulan sosial mendapat pemahaman yang mendalam dengan mudah ( insha'Allah ).Ini termasuk juga golongan-golongan orang yang dengan mudah & sewenang-wenangnya menolak segala aspek kerohanian juga akan terpengaruh dengan fakta-fakta dokumentari buku ini dan memastikan mereka tidak dapat lagi untuk menafikan kebenaran tentang buku ini dan isi-isinya.

Buku ini serta setiap buku yang dihasilkan penulis boleh dibaca secara individual atau dibincangkan didalm kumpulan. Para pembaca yang ghairah untuk mendapatkan petunjuk & kebaikan daripada buku ini akan tentunya mendapati perbincangan secara kumpulan adalah amat berguna, membiarkan mereka menghubungkaitkan pemahaman serta pengalaman sesama mereka. Ia juga akan membawa makna yang amat besar dalam memperjuangkan agama Islam serta secara tidak langsung dapat menyumbang kepada penerbitan buku-buku ini yang semestinya ditulis semata-mata hanya untuk mendapatkan keredhaan Tuhan. Semua buku-buku ini adalah sangat menyakinkan. Atas sebab ini juga komunikasi tentang kebenaran agama sejati kepada orang lain adalah satu cara yang sangat efektif bagi menggalakkan mereka membaca buku-buku ini.

Kami juga berharap agar para pembaca akan membaca komentar dan sinopsis tentang buku-buku lain dikulit bahagian belakang buku ini. Sumber fakta material lengkap tentang perkara-perkara berkaitan kepercayaan adalah amat berguna dan menyenangkan apabila dibaca. Tidak seperti buku-buku lain dipasaran, tidak terdapat satu pun prejudisme atau pandangan peribadi dari penulis pada mana-mana bahagian buku, huraian dari sumber yang diragui kredibilitinya, ketidakpekaan serta ketidakhormatan terhadap subjek-subjek suci ( insha'Allah) juga persoalan pesimistik yang boleh menimbulkan keraguan didalam minda yang memesongkan hati seseorang manusia.

Tentang Pengarang
Ketika ini beliau menulis menggunakan nama pena HARUN YAHYA, dilahirkan di Ankara pada tahun 1956. Beliau menamatkan pendidikan sekolah rendah dan menengah di Ankara. Beliau juagmempelajari Kesenian & Falsafah di Universiti Mimar Sinan Di Istanbul, Turki. Sejak tahun 1980, beliau telah menerbitkan banyak jenis buku tentang politik, saintifik dan kepercayaan. Harun Yahya amat dikenali sebagai penulis yang mendedahkan skandal penipuan tentang Teori Evolusi oleh Charles Darwin, tuntutan-tuntutan mereka, tentang konspirasi gelap antara darwinisme dan juga idealogi yang membawa kepada pertumpahan darah seperti Fasisme dan Komunisme.

Segala karya-karya Harun Yahya telah diterjemahkan kepada 57 bahasa seluruh dunia, menghimpunkan koleksi lebih dari 45,000 mukasurat dengan 30,000 illustrasi. Nama pena beliau adalah gabungan nama Harun as ( Aaron pbuh ) dan Yahya as ( John pbuh ) adalah sebagai memperingati dua orang Nabi yang hebat menentang Ateisme. Cap mohor nabi-nabi pada setiap kulit buku beliau adalah merupakan satu simbolik dan dihubungkankaitkan dengan isi-isinya dengan mewakili Al-Qur'an & Nabi Muhammad saw iaitu Nabi yang terakhir. Dengan kebenaran ajaran Al-Qur'an dan Sunnah, penulis menjadikannya satu tujuan abadi untuk menyangkal dakyah-dakyah yang diperjuangkan oleh ideologi anti-agama dan mempersembahkan "kata-kata putus atau terakhir & muktamad" yang bertujuan menolak sepenuhnya bantahan-bantahan yang dibangkitkan orang-orang yang menentang agama Tuhan yang benar. Beliau menggunakan cap mohor Nabi Terakhir saw yang mempunyai kebijaksanaan yang unggul dan kesempurnaan moral sebagai lambang, tanda tentang tujuan beliau ini.





PENGENALAN
Islam & Kristianiti, dua agama samawi yang terbesar didunia, mempunyai banyak persamaan didalam kepercayaan seperti kewujudan Tuhan, Keabadian-Nya, Penciptaan-Nya keatas alam semesta yang bermula daripada kekosongan dengan Kekuasaan-Nya kepada semua jisim melalui Keagungan Abadi-Nya. Muslim & Kristian menentang kesilapan intelektual yang serupa iaitu iaitu penentangan terhadap Ateisme, Rasisme, Fasisme dan keruntuhan moral dengan menggunakan cara yang hampir sama untuk menyampaikan mesej tentang kewujudan Tuhan. Persamaan tujuan ini adalah untuk menyasarkan untuk membantu semua orang mengenali Tuhan agar mereka dapat hidup dalam dunia yang penuh dengan keadilan.

**NOTA PENTING**


Nabi Jesus (saas) yang di rujuk didalam teks ini ialah orang yang sama dengan Nabi Isa (as) yang disebutkan oleh Al-Qur’an. Perkataan “Tuhan” digunakan bagi memudahkan penerimaan teks ini oleh orang yang bukan Islam memandangkan ianya ditujukan khas untuk mereka.


Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata”. Surah Al-Baqarah ayat 130

"Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): “(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?” Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." Surah Al-Maidah ayat 17






Kesilapan penganut Kristian mengenai Triniti

Menurut fakta sejarah, Tuhan telah mengutuskan Nabi-Nabi & Rasul-Rasul-Nya untuk memimpin kaum masing-masing serta berperanan membantu menyedarkan mereka tentang kepercayaan yang salah dan seterusnya mengajak mereka menuju kearah monoteistik dengan menyampaikan wahyu Tuhan kepada mereka. Walaupun diketahui yang setiap agama ada hokum, pemerhatian dan amalan masing-masing tetapi asasdnya adalah sama iaitu ‘Tauhid’. Perkataan tauhid menurut Al-Qur’an adalah mempercayai Tuhan Yang Maha Esa adalah Tuhan sekalian alam, mempercayai bahawa manusia dan semua hidupan didunia ini memerlukan Tuhan untuk terus wujud . Dala, ertikata lain, Kristianiti dan Judaisme walaupun dalam keadaan sekarang yang terpesong dari ajaran monoteistik sebenar,ia telah dibentuk atas konsep monoteistik yang sejati.

Penganut-penganut dua agama ini sememangnya percayakan kewujudan dan Ke-Esaan Tuhan dan mereka juga harus mengikuti dan mempercayai amalan-amalan agama yang Tuhan wahyukan kepada Nabi Ibrahim (saas). Menurut Al-Qur’an, agama yang dianuti baginda adalah agama yang benar dan suci. Baginda juga telah diperintahkan oleh Tuhan agar patuh kepada-Nya dan apa yang diwahyukan kepada baginda.

“Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan “satu umat” (walaupun Ia seorang diri); ia taat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik.Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.Dan Kami telah memberikan kepadanya kebaikan di dunia; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat adalah dari orang-orang yang soleh.Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar( haneef); dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik”.

Surah Al-Nahl ayat 120-123

Perkataan ‘haneef’ bermaksud yang berdiri teguh di atas jalan yang yang lurus dengan perasaan yang rendah diri dan bersungguh-sungguh mematuhi perintah Tuhan. Ini adalah antara salah satu sifat terpuji yang ada pada baginda ( Nabi Ibrahim saas ) yang telah disebutkan dengan terang dan jelas didalam ayat di atas. Ia juga merupakan satu metafora yang cukup indah diterangkan oleh Tuhan dengan perkataan-perkataan yang amat halus dan penuh kebijaksanaan. Nabi Ibrahim saas telah dan penuh kebijaksanaan. Nabi Ibrahim saas telah berjaya menjauhkan dirinya dari kepercayaan tahyul dan karut kaumnya dan berpaling kepada Ke Esaan Tuhan. Baginda juga telah menasihati kaumnya supaya meninggalkan kepercayaan tahyul terhadap tuhan-tuhan pagan dan penyembahan berhala. Agama yang diwahyukan kepada Nabi Ibrahim saas masih lagi diamalkan oleh keturunannya sehingga hari ini.

Apakah maksud kesilapan Triniti kepada penganut Kristian?

Agama Kristian lahir dikalangan orang Yahudi di Palestin satu ketika dahulu iaitu kira-kira 2000 tahun yang lepas. Hampir kesemua pengikut Nabi Jesus saas pada ketika itu adlah terdiri dari orang yahudi yang hidup berlandaskan undang-undang Mosaik ( Musa ). Salah satu ciri-ciri fundamental Judaisme ialah amalan monoteistik yang tiada kompromi. Walaubagaimanapun selepas Nabi Jesus saas diangkat kesisi Tuhan, Kristianiti telah mula beralih ke arah yang berlainan dari ajaran awalnya mula tersebar didunia orang yahudi dan dunia paganisme. Sifat monoteistik tradisionalnya yang berlandaskan undang-undang Mosaik telah melalui satu perubahan yang besar iaitu beralih kearah Triniti. Akibat fahaman Triniti juga, Nabi Jesus saas telah dianggap sebagai satu keajaiban dan keabadian tuhan ( sudah pasti Tuhan itu lebih hebat dari anggapan buruk dan kata kata mereka ). Pada mulanya konsep Triniti yang dianggap pelik sedikit demi sedikit telah mula mendapat perhatian istimewa oleh orang-orang yahudi ketika itu. Idea fahaman ini ialah mereka menanggap tuhan mempunyai 3 entiti iaitu ‘Si Ayah, Si Anak Dan Roh Suci’. Ia juga telah berkembang dan menjadi sumber kepercayaan Kristian tradisional selain perselisihannya dengan konsep awal monoteistik Kristianiti yang menegaskan bahawa ‘Tiada Tuhan melainkan Dia (Tuhan Yang Maha Esa)’. Ia juga boleh dihuraikan begini;

F menurut kepercayaan Triniti, tuhan telah menjelma kan diri-nya dalam 3 bentuk dan identiti iaitu ‘Ayah, Anak dan Roh Suci’ tetapi ketiga-tiga entiti ini adalah sama. Dalam ertikata lain, Ayah, Anak & Roh Suci itu sebenarnya Tuhan. Menurut kepercayaan yang salah dan menjengkelkan ini, setiap entiti diatas mempunyai kuasa yang sama hebat dan kuat ( sudah tentu Tuhan adalah lebih hebat dari itu ).

F Idea Triniti juga berpendapat bahawa Nabi Jesus saas merupakan seorang anak kandung tuhan dan memiliki & mewarisi setiap aspek fizikal dan spiritual yang ada pada tuhan. Idea ini timbul memandangkan anak seorang manusia selalunya mewarisi sifat-sifat ibubapa mereka melalui DNA. Kepercayaan ini juga dikenali sebagai homooussian.

F Mereka juga percaya yang Nabi Jesus saas bukan dicipta oleh tuhan tetapi telah menjelma dari keabadian menjadi manusia untuk menyelamatkan manusia melalui peristiwa ‘pembunuhan’ baginda ( seperti yang dipercayai oleh agama Kristian ). Kepercayaan ini juga dipanggil ‘inkarnasi’.

Kepercayaan terhadap Triniti adalah sesuatu yang terang dan nyata terpesong dengan mentafsirkan tuhan berlandaskan kepercayaan karut dan tahyul, mereka-reka tentang keabadian Nabi Jesus saas yang sebenar-benarnya adalah utusan Tuhan seperti nabi-nabi sebelum baginda. Walaupun Triniti bersifat anti monoteistik tetapi ia tetap tumbuh subur dihati penganut-penganut Kristian. Sebagai tanda percaya, penganut Kristian menggunakan Triniti sebagai ‘ujian kertas litmus’ bagi tujuan menguji sejauh manakah ima seseorang itu. Tetapi sjrah telah membuktikan bahawa ada juga kalangan penganut Kristian yang menolak kepercayaan karut ini dan masih mengangga[ Nabi Jesus saas adalah hanya seorang utusan tuhan. Atas sebab itu, mereka telah dilayan dengan amat buruk sekali dan juga ditindas. Bukti-bukti yang mereka tunjukkan dalam kitab Pesanan Baru dan fakta tentang kehidupan Nabi Jesus saas selalunya diabaikan dan penganut Kristian dilarang bercakap mengenainya. Seperti yang akan dinyatakan didalam bab seterusnya oleh para anti-triniti Kristian bahawa mereka yang percayakan trinity telah menyekutukan Tuhan yang sebenar. Mendengarkan hal ini, pihak gereja Kristian yang mempunyai autoriti telah menangkap mereka dan mencucuh mereka dengan perkataan kafir, kufur dan musuh agama. Disebabkan takut keselamatan mereka terjejas, para anti triniti telah melarikan diri dan hidup sebagai pelarian di negara lain. Ada juga yang digantung, dibakar hidup-hidup, disalib dengan kuasa Inkues Mahkamah. Tindakan kejam pihak gereja ini sebenarnya sedikitpun tidak dapat mengurangkan jumlah anti-triniti dan penyebaran idealisme mereka. Ada juga para penyelidik yangh neutral telah sebulat suara melaporkan perkara itu di Zaman Kegelapan Eropah.

Paderi-paderi dan juga pendeta Kristian telah menfatwakan yang Triniti adalah merupakan Penebusan Dosa sedangkan ia lansung tidak dinyatakan didalam mana-mana bahagian didalam Pesanan Baru atau pada mana-mana skrip awal Kristian atau pada bahagian yang tidak dimasukkan didalam kitab Pesanan Baru. Akibatnya adalah sangat buruk, sebahagian besar penganut Kristian kontemporari telah sebulat suara menolak Triniti. Kebanyakan mereka menekankan kesalahan didalamnya adalah menyekutukan Tuhan. Pada hari ini kita boleh melihat ada pergerakan anti triniti dikalangan penganut Kristian yang tidak terikat pada mana-mana gereja atau pertubuhan Kristian. Sebagai contoh,di Amerika Syarikat, para anti trinity berkembang pada setiap hari dan ada peningkatan yang ketara berbanding abad yang sebelum ini. Antaranya ialah The Worldwide Church Of God yang diasaskan oleh Herbert W Armstrong menegaskan bahawa kepercayaan Triniti adalah tahyul semata-mata dan muncul akibat budaya paganism Greek purba yang amat popular ketika kemunculannya. The Seventh Day Adventist Movement juga adalah merupakan salah satu pertubuhan anti trinity. Perkataan Adventist bermaksud; orang-orang Kristian yang oercayakan kedatangan Nabi Jesus saas buat kali kedua. Mereka telah mendirikan mazhab Protestant diatas nama pertubuhan Aryan ( Arius adalah paderi muda di gereja Alexandria dan merupakan orang penting pada abad ketiga) telah secara terbuka menolak konsep triniti tetapi telah dilabelkan oleh pihak gereja sebagai menyimpang dari ajaran Kristian. Keputusan itu telah disokong oleh banyak gereja-gereja yang menyebabkan pengikut Aryanisme meninggalkan ajaran beliau dan terus memeluk kepercayaan triniti. Perubahan yang bertentangan aliran ini juga diakui oleh banyak ahli-ahli gereja ketika itu.

SAlah satu daripada fakta menarik tentang perkara ini ialah Triniti itu sendiri yang tidak tertulis didalam Bible ( samada Pesanan Baru@Lama, ataupun mana mana skrip awalnya ). Ia sebenarnya telah diilhamkan oleh seorang pendeta Kristian yang bergelar Theophilus of Antioch pada akhir kurun kedua. Penerimaan terhadap kepercayaan trinitio hanya berlaku beberapa lama selepas itu. Diatas fakta ini, para anti triniti telah mengemukakan persoalan kepada gereja-gereja Kristian yang pro trinity. Soaln tersebut adalah seperti berilkut:

Jika kepercayaan ini benar, mengapakah ianya tidak tercatat pada mana-mana bahagian didalam Bible atau pun mana-mana skrip awal Kristian? ( selain dari tulisan Theophilus of Antioch ) dan mengapakah penganut Kristian terdahulu lansung tidak mengamalkan atau tahu-menahu tentang triniti?

“ Tiada kepercayaan yang tidak dinyatakan dengan jelas didalam Pesanan Baru dimana kepercayaan tersebut tidak diketahui oleh penganut-penganut awal Kristian. Ini adalah satu kesilapan besar yang berlaku selepas pemergian Nabi Jesus (saas)”.










No comments:

Abraj Al-Bait-A Blessing or Blasphemy?

Abraj Al-Bayt  The Abraj Al-Bait Towers, also known as the Mecca Royal Hotel Clock Tower, is a building complex in Mecca, Saudi Ar...